Tuesday, October 29, 2013

Apa Itu PLORE (Sertai kami membuat persembahan di EKSOTIKATA)


PLORE Skala 5 akan diadakan sebagai salah satu slot didalam EKSOTIKATA, yang bakal diadakan pada 23 Nov 2013. Sebelum itu anda perlu tahu apa itu PLORE terlebih dahulu ; PLORE adalah event membaca puisi dan lain-lain persembahan secara marathon dan giliran akan berulang beberapa kali kepada orang yang sama.

Kita akan mengumpulkan seramai mungkin individu atau kumpulan yang ingin membuat persembahan. Setiap dari mereka haruslah menyediakan lebih dari satu persembahan (sekurang-kurangnya 4). Kemudian apabila tiba giliranya, dia haruslah membuat hanya satu persembahan sahaja dulu, ataupun dua. Seterusnya dia perlu duduk menjadi penonton dan penyokong semula semasa giliran orang lain pula. Dan nanti, giliran dia akan tiba semula apabila telah habis pusingan dan perlu membuat membuat persembahan yang lain pula dari yang tadi. Dan ini kita panggil pusingan kedua. Begitulah seterusnya ia berlanjutan hingga 3 atau 4 pusingan atau lebih bergantung kepada seramai mana yang menyertai. Setiap pusingan itu, kita perlu membuat persembahan yang berbeza.

Apa yang boleh dipersembahkan?

Persembahan adalah berkonsepkan jalanan, cuma ini pertama kali kita akan gunakan microfon. Persembahan yang sesuai adalah seperti Akustik, Puisi, Installation Art, Mine, Teater Jalanan yang singkatnya bawah 5 minit, Silap mata dan lain-lain yang seumpamanya.

Bagaimana untuk menyertai?

Hantarkan email ke eksotikata@gmail.com dengan tajuk PLORE Skala 5. Dan sertakan perkara berikut.
1 . Nama / Kumpulan
2 . Jenis persembahan
3 . No telefon

*Peserta perlulah mendaftar dahulu dan menerima email balas dari kami supaya semuanya menjadi lancar.

Siapa yang boleh menyertai?

Siapa saja boleh asalkan berani, jangan ada yang email kata nak perform tapi malu. Jangan macam budak-budak sangat, jadi matang sikit dan berani. Boleh? Belasah aje, apa nak takut? Kau ingat dia orang semua tu hebat ke? Sama je.

Tarikh tutup untuk menghantar penyertaan adalah 15 November 2013.

Berikut adalah lampiran gambar-gambar PLORE yang terdahulu.

















Monday, October 28, 2013

Mahu berniaga di EKSOTIKATA

Kami membuka ruang di EKSOTIKATA untuk anda berniaga. Detail macam dekat bawah ni.

Event : EKSOTIKATA
Tarikh : 23 November 2013
Tempat : Perkarangan / Parking / Ruang Legar RUMAH PENA.
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
Tapak : 6 x 1.5
Harga : RM 80.00

Apakah yang boleh diperjualkan?

1 . Buku dan bahan bacaan.
2 . Hasil seni dan kraftangan.
3 . Pakaian (tetapi hanya cetakan dan buatan sendiri)


Apa yang kami sediakan? : Khemah, kerusi, meja.

hantarkan email ke eksotikata@gmail.com

dan sertakan perkara berikut.

1 . Perkara ; Ingin berniaga di eksotikata
2 . Nama / Syarikat ;
3 . Jenis produk ;
4 . No telefon ;

TARIKH TUTUP UNTUK MENGHANTAR PERMOHOHAN ADALAH 15 NOVEMBER 2013.