Wednesday, November 20, 2013

Satu (1) hari lagi #Eksotikata.



Pada yang tak tahu di mana Rumah PENA,

ini alamatnya : Rumah PENA, JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Ia adalah berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di belakang Restoran Tupai-Tupai Kuala Lumpur dan berhadapan dengan Menara Zurich. Berada di dalam bulatan Jalan Dewan Bahasa. Yang mana itu adalah bulatan paling besar di Kuala Lumpur hinggakan Rumah PENA, Rumah Gapena dan Restoran Tupai-Tupai boleh berada di dalam bulatan tersebut. Besar kan?

Apabila anda nampak Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan anda, terus himpit jalan ke kanan dan paling kanan hingga bertemu dengan pintu masuk ke Rumah PENA. Bagaimana pula jika anda terlajak? Caranya masuk ke hingway Sungai Besi hala ke Cheras dan U-Turn semula semula kemudian ambil exit Jalan Dewan Bahasa, kemudian awasi lagi Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan dan himpit kanan lagi, himpit kanan lagi hingga sampai ke Rumah PENA. Pening kan? Padan muka.

Jika anda dari Federal Higway, sila ambil jalan ke ISTANA LAMA hala ke Seremban. Kemudian ambil exit kiri ke Jalan Bukit Bintang di tengah, dan kemudian terus himpit kanan ke Restoran Tupai-Tupai dan belok ke kanan hingga masuk ke Rumah PENA.

Bagaimana jika anda menaiki pengangkutan awam?

Kalau naik teksi senang ceritalah, suruh je dia hantar ke alamat di atas. Atau rujuk dihadapan Menara Zurich Jalan Dewan Bahasa. Tapi kalau anda naik LRT pula, sila turun di Stesen Hang Tuah dekat Berjaya Times Square tu. Tau kan? Ok dari situ, terus jalan ke kiri (hala yang bertentang dengan time square) di hujung jalan anda akan jumpa simpang 4 dan dihadapannya adalah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dinding seperti ini ;


Ok, bila nampak bangunan dan mural ni, tak jauh dah tu. Anda perlu terus ambil jalan di sebelah kiri anda, lalu di bawah flightover dan tak jauh didepan ada Restoran Tupai-Tupai di sebelah kiri itu. Bila jumpa Restoran Tupai-Tupai, Ingatlah bahawa Rumah PENA berada di belakang Restoran itu. Jadi sila ambil simpang ke kiri dihadapan Restoran Tupai-Tupai dan nanti akan jumpa Pintu Rumah PENA.

Jika tak pasti, ia berada betul-betul di depan Menara Zurich yang tinggi seperti di gambar di bawah ini ;


Sebagai membantu anda untuk tiba dengan mudah, kami akan meletakkan beberapa tanda dengan logo EKSOTIKATA yang macam berudu tu di sekitar Jalan Dewan Bahasa. Jadi! Tabahkan hati anda dan mari kita melangkah untuk Ber-PESTA di #EKSOTIKATA.










Monday, November 18, 2013

Apa Itu EKSOTIKATA

Eksotik + Kata = EKSOTIKATA.

EKSOTIKATA adalah sebuah penganjuran untuk meraikan puisi, ia bakal diadakan pada 23 nov ini di Perkarangan RUMAH PENA. Acara akan bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam dan melibatkan lebih kurang seramai 60 orang/kumpulan yang bakal membuat persembahan. Antara pengisiannya ialah PLORE ataupun marathon puisi, sessi jamming akustik, installation art/performance art. Pelancaran Buku  / bida buku dan seterusnya MASKARA edisi khas Eksotikata akan menghangatkan suasanan di malam hari.

Untuk menyokong dan memeriahkan lagi acara ini, penerbit-penerbit buku dan zine alternatif juga mengambil bahagian selaku peniaga dan begitu juga dengan gerai-gerai yang menjual makanan.

Kami bercadang untuk menjadikan EKSOTIKATA ini sebagai sebuah acara puisi tahunan. Dan diharap dari masa ke masa penganjuran acara ini akan menjadi lebih bagus dan meriah lagi. Makanya 2013 dipilih sebagai tahun pembukaan, dan anda jangan lepaskan peluang untuk menjadi generasi pertama ini.


Saturday, November 9, 2013

Anda tanya kami jawab.

Anda tanya : Apa itu EKSOTIKATA ?

Kami jawab : EKSOTIKATA adalah sebuah majlis untuk meraikan Puisi.

Anda tanya : Puisi je?

Kami jawab : Ia untuk meraikan puisi, tapi hal-hal lain seperti akustik, main belon dan sepak raga juga turut digalakkan. Kalau puisi je semata, bapak boringnya.

Anda tanya : Bila dan dimana nak dibuatnya ?

Kami jawab : Dibuatnya ialah pada 23 nov 2013 ini, dari jam 10 pagi hingga 11 malam, di Perkarangan Rumah PENA.

Anda tanya : Rumah PENA tu dimana?

Kami jawab : Ia berada di belakang Restoran Tupai-Tupai KL berhampiran Dewan Bahasa Dan Pustaka. Alamat lengkap dan peta, kau pergi cari dekat google. Mudah. Dunia dah moden dik.

Anda tanya : Apa je yang ada masa EKSOTIKATA ni?

Kami jawab : Kita ada persembahan puisi/akustik/installation art dan lain-lain hingga tengah malam, apa yang nak dibuat terserah pada individu itu sendiri. Lagi kita ada gerai-gerai yang menjual buku-buku baru dan terpakai, zine, komik dan beberapa barangan art lain. Kalau lapar, kita juga ada orang jual-jual makanan dan minuman. Pendek kata benda ni macam funfair la.

Anda tanya : Kalau saya nak buat show boleh?

Kami jawab : Boleh, tengok entry dekat bawah sebelum ni, kami dah terangkan cara-caranya nak join dekat situ.

Anda tanya : Eh betul ke boleh? Macam tak percaya je.

Kami jawab : Adik jangan jadi bodoh ye, orang dah cakap boleh tu bolehlah.

Anda tanya : Kalau nak datang jadi penonton je?

Kami jawab : Apa pulak tak bolehnya? Datanglah nak jadi apa pun.