Wednesday, November 20, 2013

Satu (1) hari lagi #Eksotikata.



Pada yang tak tahu di mana Rumah PENA,

ini alamatnya : Rumah PENA, JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Ia adalah berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di belakang Restoran Tupai-Tupai Kuala Lumpur dan berhadapan dengan Menara Zurich. Berada di dalam bulatan Jalan Dewan Bahasa. Yang mana itu adalah bulatan paling besar di Kuala Lumpur hinggakan Rumah PENA, Rumah Gapena dan Restoran Tupai-Tupai boleh berada di dalam bulatan tersebut. Besar kan?

Apabila anda nampak Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan anda, terus himpit jalan ke kanan dan paling kanan hingga bertemu dengan pintu masuk ke Rumah PENA. Bagaimana pula jika anda terlajak? Caranya masuk ke hingway Sungai Besi hala ke Cheras dan U-Turn semula semula kemudian ambil exit Jalan Dewan Bahasa, kemudian awasi lagi Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan dan himpit kanan lagi, himpit kanan lagi hingga sampai ke Rumah PENA. Pening kan? Padan muka.

Jika anda dari Federal Higway, sila ambil jalan ke ISTANA LAMA hala ke Seremban. Kemudian ambil exit kiri ke Jalan Bukit Bintang di tengah, dan kemudian terus himpit kanan ke Restoran Tupai-Tupai dan belok ke kanan hingga masuk ke Rumah PENA.

Bagaimana jika anda menaiki pengangkutan awam?

Kalau naik teksi senang ceritalah, suruh je dia hantar ke alamat di atas. Atau rujuk dihadapan Menara Zurich Jalan Dewan Bahasa. Tapi kalau anda naik LRT pula, sila turun di Stesen Hang Tuah dekat Berjaya Times Square tu. Tau kan? Ok dari situ, terus jalan ke kiri (hala yang bertentang dengan time square) di hujung jalan anda akan jumpa simpang 4 dan dihadapannya adalah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dinding seperti ini ;


Ok, bila nampak bangunan dan mural ni, tak jauh dah tu. Anda perlu terus ambil jalan di sebelah kiri anda, lalu di bawah flightover dan tak jauh didepan ada Restoran Tupai-Tupai di sebelah kiri itu. Bila jumpa Restoran Tupai-Tupai, Ingatlah bahawa Rumah PENA berada di belakang Restoran itu. Jadi sila ambil simpang ke kiri dihadapan Restoran Tupai-Tupai dan nanti akan jumpa Pintu Rumah PENA.

Jika tak pasti, ia berada betul-betul di depan Menara Zurich yang tinggi seperti di gambar di bawah ini ;


Sebagai membantu anda untuk tiba dengan mudah, kami akan meletakkan beberapa tanda dengan logo EKSOTIKATA yang macam berudu tu di sekitar Jalan Dewan Bahasa. Jadi! Tabahkan hati anda dan mari kita melangkah untuk Ber-PESTA di #EKSOTIKATA.










No comments:

Post a Comment